Pengumuman Penting:
ookyo akan bertukar ke RED

Selama 2 tahun, ookyo telah memecahkan sempadan internet dengan menyediakan internet tanpa had untuk semua app kegemaran anda. Kini, kami ingin berkongsi berita bahawa ookyo akan menjadi sebahagian daripada keluarga Hotlink RED berkuat kuasa pada hari 21 Januari 2020.

Untuk Pelanggan ookyo Baru:

Kami tidak lagi akan memproses sebarang pendaftaran baru atau penambahan talian baru oleh pengguna sedia ada mulai 21 November 2019 dan seterusnya. Jika anda baru-baru ini membeli pelan ookyo baru dan belum menerima pek SIM anda, jangan risau - ia masih akan dihantar kepada anda untuk anda menikmati perkhidmatan ookyo dan Hotlink RED mulai 21 Januari 2020.

Untuk Pelanggan yang ada ookyo :

Anda tidak perlu membuat apa-apa: ookyo anda yang aktif akan ditukarkan ke Hotlink RED pada 21 Januari 2020 dengan tawaran eksklusif data 8GB- 30 hari PERCUMA dan PERCUMA Non-Stop Social*! Selepas itu, anda juga boleh menikmati tawaran eksklusif ini dengan hanya RM30/ bulan untuk 12 bulan yang seterusnya. Kami akan memaklumkan cara untuk menuntut tawaran ini - pastikan anda telah memilih untuk pemberitahuan SMS kami! *termasuk Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat dan Pinterest

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut


Kami beribu-ribuan terima kasih atas sokongan anda - kami gembira kerana anda telah terjebak dengan kami setakat ini!

Copyright © 2018 Maxis Bhd (867573-A). All rights reserved